Friday, 1 June 2012

Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.


Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.


Isteri-isteri Rasulullah :

Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah

Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.

Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2010/02/nama-anak-isteri-nabi-muhammad-saw.html

Kewajipan menuntut ilmu





عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
 Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Huraian
Hidup ini memerlukan imu pengetahuan dalam melakukan sesuatu pekerjaan, Tanpa ilimu manusia tidak akan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sempurna, daripada itulah hukum menuntut ilmu itu adalah wajib terutamanya adalah ilmu berkaitan agama ( fardhu ain)

Kaedah Al-Matien




 Al-Matien

Kalau anda pernah menonton siri terbaru Mari Mengaji yang dikendalikan oleh Ustaz Zamri, anda tahu bahawa di dalam siri terbaru ini, Ustaz Zamri telah memperkenalkan satu kaedah baru yang dinamakan kaedah al-Matien.

Apakah kaedah al-Matien ini?

Saya pasti mesti soalan ini yang bermain difikiran anda. Jadi pada artikel ini saya akan membuat sedikit review mengenai kaedah al-Matien ini.

Sebenarnya kaedah al-Matien ini adalah gabungan dari dua kaedah, iaitu kaedah Muqaddam dan Iqra’. Kalau di dalam kaedah Muqaddam, kita akan mengenal huruf-huruf hijaiyah, selepas itu belajar mengeja dan akhir sekali baru mula membaca surah-surah lazim.

Manakala di dalam kaedah Iqra’ pula, kita tidak perlu kenal huruf dan tak perlu mengeja.
Dengan kaedah ini kita akan terus diperkenalkan dengan bunyi dan terus mahirkan dengan bunyi tersebut hingga pandai.

Kelemahan yang paling ketara apabila menggunakan kedua-dua kaedah ini ialah ianya tidak menekankan kepada penguasaan ilmu tajwid secara khusus. Pendek kat jika kita selesai belajar menggunakan salah satu dari kaedah ini, insyaAllah kita akan boleh membaca al-Quran, tetapi kebarangkalian untuk salah dari segi hukum tajwid masih ada.

Inilah kelebihan sekiranya menggunakan kaedah al-Matien ini. Di mana kaedah ini juga menekankan kepada penguasaan hukum-hukum tajwid. Untuk memudahkan lagi pemahaman kita, warna-warna yang berbeza bagi setiap hukum-hukum tajwid tersebut telah digunakan untuk bantuan pembelajaran.

Di sini saya senaraikan sedikit kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi sekiranya anda menggunakan kaedah al-Matien.

1) Mengikut Format Resam Uthmani

Sepertimana yang telah diketahui bahawa al-Quran yang menggunakan format Resam Uthmani adalah al-Quran yang diguna pakai di seluruh dunia. Jadi secara tidak langsung dengan mengikut format Resam Uthmani, kaedah al-Matien ini akan membiasakan kita apabila mula membaca al-Quran sebenar nanti.

2) Menekankan Penguasaaan Huruf-Huruf Hijaiyah Sebelum Mula Belajar

Cuba anda suruh anak-anak anda atau kanak-kanak yang belajar menggunakan Iqra’ menyebut huruf-huruf hijaiyah. Pastinya huruf  ‘alif’ akan disebut  ‘a’, huruf ’sin’ akan disebut ’sa’ , huruf ‘ghain’ akan disebut ‘gho’ dan begitu jugalah dengan huruf-huruf lainnya. Persoalannya mengapa sebutannya begitu? Ini kerana Iqra’ tidak menekankan kepada penguasaan huruf-huruf hijaiyah. Jadi dengan menggunakan kaedah al-Matien, insyaAllah masalah ini tidak akan berlaku.

3) Meletakkan Tanda Warna Pada Tempat Yang Dimaksudkan

Ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman dalam satu-satu pembelajaran. Contohnya, katakanlah di dalam potongan-potongan ayat terdapat warna hijau, merah biru atau warna-warna lain, maka tanda warna ini berfungsi untuk menerangkan apakah maksud warna-warna tersebut.

4) Teknik-Teknik Hukum Tajwid Yang Mudah Dan Jelas

Inilah perbezaan yang paling ketara diantara kaedah al-Matien berbanding Iqra’ dan Muqaddam. Dengan memberikan penekanan dalam penguasaan teknik-teknik hukum tajwid ini, perbelajaran al-Quran akan menjadi lebih sempurna.

5) Gambarajah Makhraj Dan Sifat Serta Beberapa Hukum Agar Dapat Diketahui Dengan Lebih Mudah Dan Jelas.

Menguasai makhraj dan sifat-sifat huruf hijaiyah adalah penting untuk memastikan penyebutan huruf-huruf tersebut betul mengikut kaedah hukum tajwid. Ini kerana sesetengah huruf-huruf hijaiyah mempunyai persamaan baik dari segi sifat dan makhrajnya. Selain itu terdapat beberapa hukum bacaan penting yang wajib diketahui yang berhubung kait dengan sifat huruf. Contohnya, bagaimana bacaan bagi huruf-huruf yang bersifat dengan sifat Hams ketika diwaqafkan? Dengan menyediakan gambarajah tentang makhraj dan sifat-sifat huruf serta hukum yang berkaitan, insyaAllah persoalan-persoalan seperti di atas akan dapat dijawab.

Ok lah pembaca sekelian, setakat ini dahulu review yang dapat saya buat tentang Kaedah al-Matien ini. Sebenarnya masih ada lagi kelebihan-kelebihan lain yang tak dapat saya senaraikan pada artikel ini. Sekiranya anda ingin mengikuti bagai kaedah ini diajarkan anda boleh mendapatkan sendiri buku tersebut di laman web youtube. berikut:

 http://www.youtube.com/watch?v=7M0ymgMfVYw





http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8624.0

Tarbiyah


Apa Itu Tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim 

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana saya masih lagi diberi kekuatan dan keizinan untuk menulis post yang seterusnya. Semoga kita semua berada dalam kemanisan iman hendaknya. InsyaAllah. 

TARBIYAH. Perkataan yang saya dengar buat pertama kalinya semasa berada di UK. Entah kenapa saya tidak pernah mendengar perkataan ini semasa berada di Malaysia. Kalau nak dikira, berada di Malaysia hampir 20 tahun, tetapi berada di UK baru nak mencecah setahun. Aish, sungguh hairan. Islam di Malaysia tak hebat ke berbanding UK? Fikir-fikirlah sendiri.


"Apa maksud TARBIYAH?," tanya kita.

“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.

(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)
 

Mungkin kita semua sukar untuk memahami mengikut definisi di atas. Begitu juga dengan saya. Biasalah, orang baru nak berjinak-jinak mestilah payah nak faham dengan sekali baca kan? Ok, kita baca pula definisi tarbiyah yang lain.


"Apa maksud TARBIYAH?", tanya kita lagi terpinga-pinga. 

Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.


Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi. 

Haa. Semakin jelas di situ nampaknya. Namun, kadang-kadang kita masih keliru. Amende la TARBIYAH ni kan.
 

"Apa maksud TARBIYAH?", terpinga-pinga kita bertanya lagi.
 Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:

1. Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.

2. Kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan).

3. Menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.

4. Proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg mudah kepada yg sulit.

5. Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

6. Kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.
 

Wah, sudah jelas agaknya makna TARBIYAH dalam otak kita. Tetapi, kadang-kadang susah untuk lekat di otak kita melainkan dengan diberikan satu analogi. Ya, analogi. Apa agaknya anologi yang sesuai untuk menerangkan maksud TARBIYAH?
 

"Apa analogi yang menerangkan maksud TARBIYAH?," tanya kita lagi dengan penuh semangat.


ANALOGI PROSES MEMBUAT BATU 

Andai kata kita ingin membuat batu yang kuat untuk membina rumah atau bangunan yang kukuh. Ia perlulah melalui beberapa proses.

Antaranya;
 

1. Sebatian yang diperlukan mestilah menepati nisbahnya.
 

2. Sebatian itu akan dipanaskan dalam kebuk pembakaran di bawah suhu yang amat tinggi.
 

3. Tekanan yang dikenakan ke atas kebuk pembakaran juga agak tinggi.


Hasilnya ialah; 

1. Batu yang dibuat dengan betul kadar nisbahnya, tahan suhu tingginya dan tahan tekanan tingginya akan menghasilkan batu yang kuat seperti yang diingini.
 

2. Batu yang dibuat dengan salah kadar nisbahnya, tidak tahan suhu tingginya dan tidak tahan tekanan tingginya akan hancur gagal menjadi batu yang seperti diingini.
 

Analisis Analogi.
 

Analogi ini amat mudah untuk dipahami oleh kita semua. Batu yang kuat adalah contoh kepada diri kita. Suhu dan tekanan yang tinggi adalah cabaran untuk kita hadapi dalam menjadi INDIVIDU MUSLIM yang sebenar-benarnya.


Jadi, maksud TARBIYAH adalah proses dalam pembentukan diri kita semua. Tidak semua dari kita akan berjaya melalui proses-proses yang perlu dihadapi. Adanya tertinggal, ada yang terlucut dan ada yang mengalah. Namun, ada juga yang sanggup dan bersabar dalam menghadapi proses-proses itu.

Jadi, harapannya kita semua jelas dengan maksud TARBIYAH ini dahulu sebelum kita pergi dengan lebih lanjut.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".
 





sila klik sini
cuba

Panduan Solat Jenazah RIngkas

Sila Klik Di Sini ......

Panduan Solat Jenazah Ringkasan

Bersegera buat kebaikan duhai sahabatku


2012/06/02

DARIPADA Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu mengerjakan amal salih, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari).

Seseorang mukmin dan muslim dikehendaki berpegang teguh dengan agama (Islam) bersegera serta berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan semasa muda selagi badan sihat dan masih ada masa kerana halangan yang akan berlaku di masa hadapan tidak akan diketahui.
Rasulullah SAW mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dengan fitnah dan halangan kerana ia mendorong manusia melakukan maksiat. Pada akhir zaman terdapat manusia yang menjadi kafir dan menjual agama.


KISAH TELADAN DARI KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang paling zuhud, wara’ dan soleh setelah 4 Khulafaur Rasyidin. Beliau memerintah negara Islam selama 2 tahun 5 bulan saja dan wafat pada umur 39 tahun sebab diracun oleh pembesar-pembesar Bani Umaiyyah.
Suatu hari Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat ingin memakan buah apel, tetapi tidak mempunyai wang untuk membelinya, karena semua hartanya dan harta keluarga telah beliau berikan kepada Baitulmal ketika menjadi khalifah. Lalu ada seseorang dari kaum keluarganya menghadiahkan buah apel dan dihidangkan kepada Khalifah Umar oleh Amru bin Muhajir.
Tiba-tiba beliau berkata: “Alangkah wangi dan bagusnya apel ini. Wahai ghulam, angkat apel ini dan pulangkan kepada orang yang membawanya. Sampaikan salam kepadanya, sesungguhnya hadiahnya telah sampai kepadaku ketika aku sudah tiada selera untuk makan apel.”
Amru bin Muhajir tahu bahwa Khalifah bertindak demikian karena wara’nya. “Wahai Amirul Mukminin! Dia adalah sepupumu dan masih ahli keluargamu, sedang engkau telah mendengar bahwa Rasulullah saw mahu menerima hadiah,” kata Amru.
“Celaka engkau, sesungguhnya hadiah bagi Rasulullah saw memang hadiah. Akan tetapi hadiah pada hari ini bagi kami adalah merupakan rasuah (suap),” kata Khalifah Umar.
Diceritakan bahwa suatu ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang berada di kantor (pejabat) untuk kerja lembur kerajaan. Keadaan ruangan sangat gelap hingga terpaksa memasang lampu pelita. Seseorang datang dan masuk kantor Khalifah setelah diizinkan. Tiba-tiba Umar memadamkan api pelita itu, maka beliau bercakap dengan tamunya dalam keadaan gelap, membuat orang lain keheranan.
“Mengapa Amirul Mukminin melayani tamu dalam keadaan gelap?” tanya seorang pegawai Khalifah.
“Yang datang tadi itu adalah keluargaku. Dia datang kepadaku karena ada urusan pribadi, sedangkan lampu pelita adalah milik negara. Oleh sebab itu, ketika aku berbicara masalah pribadi, aku padamkan lampu tersebut karena tak mahu terpakai milik negara.” kata Umar bin Abdul Aziz.
Lihatlah betapa amanahnya seorang pemimpin Islam pada waktu itu. Beliau tidak menggunakan kedudukannya sebagai Khalifah untuk kepentingan sendiri atau kaum keluarga dan sahabat malah apa yang beliau ada disedekahkan ke Baitulmal.
Kita tidak mengharap pemimpin sekarang menyedekahkan seluruh harta mereka. Tetapi kita mau mereka ini amanah dan tidak rasuah (korupsi), tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.


DETIK-DETIK AKHIR HAYAT RASULULLAH SAW

 Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..
Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.

KASIH SAYANG
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal." - Surah Al-Hujuraat [49]:13