Al-Matien
Apakah kaedah al-Matien ini?
Saya pasti mesti soalan ini yang bermain difikiran anda. Jadi pada artikel ini saya akan membuat sedikit review mengenai kaedah al-Matien ini.
Sebenarnya kaedah al-Matien ini adalah gabungan dari dua kaedah, iaitu kaedah Muqaddam dan Iqra’. Kalau di dalam kaedah Muqaddam, kita akan mengenal huruf-huruf hijaiyah, selepas itu belajar mengeja dan akhir sekali baru mula membaca surah-surah lazim.
Manakala di dalam kaedah Iqra’ pula, kita tidak perlu kenal huruf dan tak perlu mengeja. Dengan kaedah ini kita akan terus diperkenalkan dengan bunyi dan terus mahirkan dengan bunyi tersebut hingga pandai.
Kelemahan yang paling ketara apabila menggunakan kedua-dua kaedah ini ialah ianya tidak menekankan kepada penguasaan ilmu tajwid secara khusus. Pendek kat jika kita selesai belajar menggunakan salah satu dari kaedah ini, insyaAllah kita akan boleh membaca al-Quran, tetapi kebarangkalian untuk salah dari segi hukum tajwid masih ada.
Inilah kelebihan sekiranya menggunakan kaedah al-Matien ini. Di mana kaedah ini juga menekankan kepada penguasaan hukum-hukum tajwid. Untuk memudahkan lagi pemahaman kita, warna-warna yang berbeza bagi setiap hukum-hukum tajwid tersebut telah digunakan untuk bantuan pembelajaran.
Di sini saya senaraikan sedikit kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi sekiranya anda menggunakan kaedah al-Matien.
1) Mengikut Format Resam Uthmani
Sepertimana yang telah diketahui bahawa al-Quran yang menggunakan format Resam Uthmani adalah al-Quran yang diguna pakai di seluruh dunia. Jadi secara tidak langsung dengan mengikut format Resam Uthmani, kaedah al-Matien ini akan membiasakan kita apabila mula membaca al-Quran sebenar nanti.
2) Menekankan Penguasaaan Huruf-Huruf Hijaiyah Sebelum Mula Belajar
Cuba anda suruh anak-anak anda atau kanak-kanak yang belajar menggunakan Iqra’ menyebut huruf-huruf hijaiyah. Pastinya huruf ‘alif’ akan disebut ‘a’, huruf ’sin’ akan disebut ’sa’ , huruf ‘ghain’ akan disebut ‘gho’ dan begitu jugalah dengan huruf-huruf lainnya. Persoalannya mengapa sebutannya begitu? Ini kerana Iqra’ tidak menekankan kepada penguasaan huruf-huruf hijaiyah. Jadi dengan menggunakan kaedah al-Matien, insyaAllah masalah ini tidak akan berlaku.
3) Meletakkan Tanda Warna Pada Tempat Yang Dimaksudkan
Ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman dalam satu-satu pembelajaran. Contohnya, katakanlah di dalam potongan-potongan ayat terdapat warna hijau, merah biru atau warna-warna lain, maka tanda warna ini berfungsi untuk menerangkan apakah maksud warna-warna tersebut.
4) Teknik-Teknik Hukum Tajwid Yang Mudah Dan Jelas
Inilah perbezaan yang paling ketara diantara kaedah al-Matien berbanding Iqra’ dan Muqaddam. Dengan memberikan penekanan dalam penguasaan teknik-teknik hukum tajwid ini, perbelajaran al-Quran akan menjadi lebih sempurna.
5) Gambarajah Makhraj Dan Sifat Serta Beberapa Hukum Agar Dapat Diketahui Dengan Lebih Mudah Dan Jelas.
Menguasai makhraj dan sifat-sifat huruf hijaiyah adalah penting untuk memastikan penyebutan huruf-huruf tersebut betul mengikut kaedah hukum tajwid. Ini kerana sesetengah huruf-huruf hijaiyah mempunyai persamaan baik dari segi sifat dan makhrajnya. Selain itu terdapat beberapa hukum bacaan penting yang wajib diketahui yang berhubung kait dengan sifat huruf. Contohnya, bagaimana bacaan bagi huruf-huruf yang bersifat dengan sifat Hams ketika diwaqafkan? Dengan menyediakan gambarajah tentang makhraj dan sifat-sifat huruf serta hukum yang berkaitan, insyaAllah persoalan-persoalan seperti di atas akan dapat dijawab.
Ok lah pembaca sekelian, setakat ini dahulu review yang dapat saya buat tentang Kaedah al-Matien ini. Sebenarnya masih ada lagi kelebihan-kelebihan lain yang tak dapat saya senaraikan pada artikel ini. Sekiranya anda ingin mengikuti bagai kaedah ini diajarkan anda boleh mendapatkan sendiri buku tersebut di laman web youtube. berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=7M0ymgMfVYw
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8624.0
No comments:
Post a Comment